Selamat datang ke blog CPK, tambahkan informasi dan kongsikan maklumat bersama..time kasih.

Virus





Virus komputer hari ini semakin lama semakin tersebar luas di seluruh dunia. Setiap hari pasti akan ada virus-virus baru yang akan disebarkan. Walaupun penggunaan serta antivirus kini semakin meluas dengan wujudnya pelbagai produk daripada syarikat pengeluar antivirus, namun begitu ianya tidak menjaminkan keselamatan komputer anda terlindung daripada serangan virus 100%. Oleh itu, di sini aku ingin berkongsi tips dengan korang semua bagaimana untuk kita mengetahui sistem komputer anda dijangkiti virus serta apa simptom-simptom yang berlaku. 

1) Windows Shooting Alone
Biasanya terjadi ketika anda melayari internet dan keluar Windows yang memaparkan iklan atau laman web yang berbeza tanpa anda sedar sistem komputer anda telah dijangkiti virus

2) Performance Degradation
Prestasi komputer menjadi terlalu perlahan untuk berfungsi dan tidak dapat mengikut arahan Windows dengan baik. Sistem komputer menjadi hang.

3) Suddenly Pop Up Error MessagesTerjadi apabila banyak mesej yang mula muncul daripada memori, disk space, kegagalan sesuatu aplikasi, dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan ada wujudnya virus.

4) Home Of The Browser is Changed
Terjadi apabila halaman utama browser anda ditukar tanpa alasan yang jelas.

5) Social Networking Profiles, or Your Email Account Automatically Send Messages With the Virus to Your Contacts.
Terjadi jika rakan anda mula mengadu bahawa mereka telah mendapat mesej anda dengan virus, ia jelas menunjukkan bahawa komputer anda dijangkiti virus.

6) The Command CTRL+ALT+DEL No Longer Works.
Kegagalan task manager berfungsi. Kebanyakan virus akan menyerang dan melumpuhkan task manager ini terlebih dahulu untuk menyerang dan menjangkiti sesebuah komputer.

7) Antivirus No Longer Update.
Antivirus gagal dan tidak dapat berfungsi untuk update databases dengan baik walaupun terdapat sambungan ke internet.

8) Social Networks Hacked.
Cara terbaru dan paling popular pada masa kini iaitu apabila anda mengetahui akaun sosial anda seperti Facebook atau Twitter telah digodam pasti komputer anda turut dijangkiti virus.